Friday, January 13, 2017

Sambungan untuk Tamiya HopUp 12 LED Simulation

Gambarajah 1: Sambungan untuk Tamiya Hop up LED
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua. Pada kali ini saya ingin memberikan langkah step by step kepada tuan tuan untuk pemasangan Tamiya Hop up 12 LED Simulation. 

Gambarajah 2: Tamiya Hop up 12 Led Simulation, harga sekali pos
Secara keseluruhannya, ada beberapa komponen yang terdapat dalam produk ini. Contohnya LED (Light Emitting Diode) ada 2 saiz iaitu bersaiz 5 mm (Hadapan, kabin, Reverse dan Brek) dan ada saiz 3 mm (Signal).

Manakala untuk sambungan servo ada 2 jenis yang dipakai iaitu Male dan Female. (mencucuk dan dicucuk). Untuk lebih senang bezakannya adalah dengan tengok saiz, male untuk lebih kecil, female untuk lebih besar. Di setiap sambungan servo ini pula ada label pvc dan ditandakan dengan CH1, CH2 dan CH3. CH adalah menandakan Channel.

Gambarajah 3: Female dan Male


Ok. 

Sekarang kita mulakan.

Gambarajah 4 di bawah menunjukkan lokasi Kotak Kawalan TAMIYA Hop up 12 LED Simulation. 

Gambarajah 4: Lokasi Kotak Kawalan 


Sambungan STEERING 

Sila cari Label CH1 bersama sambungan male. Cucukkan CH1/Male tadi kepada Receiver Remote Control tuan tuan seperti di gambarajah di bawah. Untuk siapa yang kurang mahir, sila pastikan wayar kuning, merah dan hitam berada sama kedudukannya seperti di dalam gambarajah ini. Iaitu kuning di bahagian dalam manakala hitam di bahagian luar.

Gambarajah 5: Pemasangan CH1 dari Tamiya Hop Up kepada Receiver
Kemudian cari Label CH1 bersama sambungan female. Kemudian sediakan servo tuan tuan. Pada servo ada wayar bersama sambungan male. Sambungkan kedua dua Male dan Female ini sebagai satu sambungan. Dan pastikan sambungan adalah berterusan iaitu wayar hitam sepatutnya bertemu dengan wayar hitam, merah dengan wayar merah, manakala kuning dengan wayar kuning. Siap sambungan untuk steering!

Gambarajah 6: Pemasangan CH 1 kepada Servo


Sambungan THROTTLE
Sekarang cari Label CH2 bersama sambungan male. Cucukkan CH2/Male tadi ke receiver servo tuan tuan. Sama juga seperti di bahagian steering tadi, sila pastikan wayar kuning berada di bahagian dalam dan wayar kuning berada di bahagian luar.

Gambarajah 7: Pemasangan CH 2 kepada Receiver

Kemudian cari Label CH2 bersama sambungan female. Kemudian sediakan ESC tuan tuan. Pada ESC ada wayar bersama sambungan male. Sambungkan kedua dua Male dan Female ini sebagai satu sambungan. Dan pastikan sambungan adalah berterusan iaitu wayar hitam sepatutnya bertemu dengan wayar hitam, merah dengan wayar merah, manakala kuning dengan wayar hitam. Rujuk gambar di bawah.

Gambarajah 8: Pemasangan CH 2 kepada ESC.
Untuk sambungan ESC kepada bateri dan motor, sila rujuk di sini. (tekan sini)



Sambungan BEACON

Sila cari Label CH3 bersama sambungan male. Cucukkan CH3/Male tadi kepada Receiver Remote Control tuan tuan seperti di gambarajah di bawah. Saya ulang lagi sekali, untuk siapa yang kurang mahir, sila pastikan wayar kuning, merah dan hitam berada sama kedudukannya seperti di dalam gambarajah ini. Iaitu kuning di bahagian dalam manakala hitam di bahagian luar.

Gambarajah 9: Sambungan CH3 kepada receiver


Untuk bahagian ini, sediakan beacon tuan tuan. Gambar seperti di bawah.

Gambarajah 10: Beacon Kuning
Untuk setiap beacon yang kami hantarkan kepada setiap pelanggan kami, kami telah melakukan sendiri QC dan memastikan semua berfungsi. 

Sekarang, kita perlu buat sambungan CH3/Female kepada beacon. Oleh itu, ambil CH3/Female dari sambungan tamiya Hop up 12 LED Simulation dan sambungkan kepada wayar servo di beacon. Rujuk Gambarajah 11 seperti di bawah.

Gambarajah 11: Sambungan CH 3 kepada Beacon


Ujilari

AlhamduLILLAH, sambungan untuk Tamiya Hop up 12 LED Simulation selamat kita pasang. 

Langkah seterusnya adalah untuk kita hidupkan sistem kita. Hidupkan remote control anda dengan butang ON. Remote anda sepatutnya menyala berwarna hijau. Kalau warna merah, sila cas bateri remote tersebut dengan mengunakan kabel cas USB yang di beri atau tukarkan bateri AA kepada bateri yang baru, jangan campur bateri lama dengan bateri baru. 



Langkah 1, Bekalan kuasa

Kemudian, sekarang pastikan sambungan bekalan kuasa dari bateri sudah dipasang kepada ESC. Hidupkan sistem dengan ON kan suis ON/OFF di ESC. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ESC.

Pada masa ini, perkara berikut sepatutnya sudah menunjukkan hasil iaitu:

a) ESC akan menyala LED Kecil berwarna merah dan berkelip. (Kalau tidak menyala, sila periksa sambungan bateri anda).

b) Pada masa yang sama juga ESC anda akan mengeluarkan bunyi teet..teet. (Kalau tidak berbunyi, sila periksa sambungan motor kepada ESC)

c) 2 LED berwarna merah dari Tamiya Hop up 12 LED simulation menyala menandakan sistem dalam keadaan standby.

Langkah 2, Pulaskan steering, ke belakang.

a) 2 LED Kuning akan menyala dengan kerlipan. Kenapa ada 2? Sebab satu untuk signal bahagian hadapan, satu untuk signal bahagian belakang. (Jika tiada kerlipan, periksa sambungan CH1 ke receiver dengan memastikan wayar adalah ketat dan bersambung).

b) Servo berpusing ke satu arah.

Langkah 3, Pulaskan steering ke hadapan.

a) 2 LED Kuning akan menyala dengan kerlipan. 

b) Servo berpusing ke satu arah berlainan.

Langkah 4, Tarik throttle.

a) Led di ESC akan menyala dengan tetap (Jika tidak, periksa sambungan wayar antara ESC dan Motor)

b) Motor akan berpusing ke satu arah.

c) LED berwarna biru akan menyala. Cadangan Lampu Kabin.

Langkah 5, Tolak throttle.

a) LED berwarna putih akan menyala. Menandakan LED ini adalah untuk lampu reverse. (Jika tidak, periksa sambungan antara CH2 kepada receiver dan sambungan CH2 kepada ESC.

Langkah 6, Tekan Butang CH3 atau Butang Bind

a) LED putih akan menyala. Menandakan LED ini adalah untuk lampu hadapan atau bahasa inggeris dipanggil headlight. Cuba tekan lagi. Ianya akan mati. (Jika tidak, periksa sambungan antara CH3 dengan receiver).

b) Lampu Beacon akan tukar mode kerdipan setiap kali kita tekan CH3. Mode adalah seperti berikut: 

   (i) Berpusing biasa
   (ii) Berpusing laju
   (iii) Kerdipan double blinks
   (iv) Kerdipan laju

Jika tidak sesuai kita juga boleh pasangkan beacon ini kepada steering. Maksudnya, gunakan Y-Cable untuk buat sambungan tambahan dari wayar CH1 Tamiya Hop up 12 Led Simulation. Salah satu bahagian Y- Cable dicucukkan terus kepada receiver manakala satu lagi bahagian pada Y- Cable dicucuk kepada beacon. Untuk ubah kerdipan, pulaskan steering maksimum ke kiri dan maksimum ke kanan. 

Langkah 7, Matikan Remote

a) Lampu Signal akan berkelip kelip Hazard Light.

Selesai. Pada peringkat ini, tuan tuan boleh test remote tuan tuan dengan sistem tersebut. Dan tuan tuan boleh rancang bagaimana untuk buat pemasangan kepada rc tuan tuan. Bukan sahaja GX Truck, tapi RC yang lain pun boleh seperti touring, drift dan sebagainya.

Video Demo

Video Demo yang saya pernah buat dulu2 disertakan di bawah. Oleh kerana video agak sudah lama, 
Warna LED di bawah berkemungkinan berlainan dengan warna LED yang ada pada tuan tuan. dan tiada beacon di dalam video di bawah,

 

Selesai untuk tutorial ini. Moga semua boleh buat satu persatu. Tidak rugi mencuba. Jika tidak menjadi, boleh berhubung dengan kami dari arduasia di arduasia@gmail.com atau whatsapp terus kepada Zihad 0194791185 untuk dapatkan bantuan secara terus. Jika ada pembetulan juga boleh maklum kepada kami atau komen sahaja di bawah. 





No comments:

Post a Comment