Beacon Light Scale 1:14

LED Beacon Light Scale 1:14 (Red, Yellow n Blue)

Beacon light ini memang tidak asing lagi untuk penggemar RC udara, darat dan laut.
Ada dua warna yang memang mendapat sambutan hangat selama arduasia menjalankan perniagaan rc. Kita membekalkan 2 warna beacon iaitu merah dan kuning.

Dengan binaan plastik yang sangat jelas, ianya juga disokong oleh shaft aluminum di bahagian tengah yang berwarna biru itu. 
Dengan menggunakan kabel servo, iaitu kabel 3 wayar, ianya mudah digunakan dan boleh terus dicucuk kepada receiver. Dengan nilai input sebanya 4.0 - 6.0 v, ianya sememangnya sesuai untuk dibekalkan kuasa sebanyak itu dari receiver.


Jika korang cucuk beacon ini kepada channel 3, dengan satu button ch 3, membolehkan ianya bertukar mode.

1) Mode 1: Led akan berputar 360 darjah secara laju.
2) Mode 2: Led akan berputar 360 darjah secara perlahan.
3) Mode 3: Led akan berkelip 2 kali secara berirama seperti strobe.
4) Mode 4: Led akan berkelip secara laju.
5) MOde 5: :Led Off.

Menarik bukan? 
Untuk penggemar GX, kami sarankan supaya kalau tak nak kena saman JPJ, elok korang pasang di bahagian atas cabin, Ini kerana kenderaan berat memang kena pasang ni. 

Excavator, kapal korek, steamroll, silap pasang yang warna kuning atau merah ya.

Untuk RC Plane Scale, sila pasang yang warna merah di bahagian bawah dan atas fuselage. Untuk memberi maklum kepada ground crew bahawa kapal sedang beroperasi dan mengelakkan dari kemalangan berlaku.

Kapal? ya, boleh letak di bahagian atas kapten kapal. Untuk memberi maklum kepada kapal lain bahawa kapal anda berhampiran.

Kapal selam? Kapal angkasa?






No comments:

Post a Comment